Kehadiran ke Mesyuarat Agung Tahunan secara Atas Talian

Seperti yang telah dimaklumkan di dalam Notis Panggilan ke Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia yang telah dikeluarkan pada 6 Mac 2021, mesyuarat kali ini akan dikendalikan secara atas talian melalui platform Zoom pada hari ini, Sabtu – 20 Mac 2021 pada pukul 2.30 petang.

Bagi para ahli yang telah mengesahkan kehadiran, anda boleh terus ke pautan yang telah dihantar melalui telefon dan email. Bagi para ahli yang tidak sempat untuk mengesahkan kehadiran untuk menyertai mesyuarat secara Zoom, anda berpeluang untuk mengikuti mesyuarat ini secara langsung di Facebook Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia.

Leave a Comment